Penerangan Segan Dulit (burung)

Ia ialah segan yang besar, gelap, perang berangan, panjangnya antara 32 hingga 37 cm. Panjang sayapnya ialah 220 hingga 250 mm. Ia mempunyai sorotan kuning pucat pada gombak dan leher belakang kuning pucat nipis. Bulu susup sayapnya mempunyai tompok-tompok putih yang besar. Bahagian bawahnya berwarna perang pucat dengan sorotan kuning pucat dan tompok-tompok. Kedua-dua jantina mirip.[3][5]

Satu-satunya segan lain yang mempunyai saiz yang setandingnya di Borneo ialah segan besar (B. auritus), yang bersama segan Dulit membentuk superspesies.[6] Segan besar lebih besar sedikit (dengan panjang 39–42 cm) dan lebih pucat; gombaknya bertompok-tompok dan bervermikul berbanding bersorot, bulu susup sayap lebih banyak bertompok, dan bentuk corak bahagian bawahnya lebih ringkas. Tiada segan lain yang ditemui di Borneo adalah lebih daripada 30 cm panjang.[5]

Suara

Seruannya tidak diketahui secara pasti, walaupun Tom Harrisson merakamkan suatu seruan di Tanah Tinggi Kelabit, yang dikaitkan dengan spesies tersebut, sebagai "tuab tuab". Nama bahasa Kelabit bagi segan Dulit ialah Tu'ub atau Suit tu'ub.[3]

Rujukan

WikiPedia: Segan Dulit (burung) http://ibc.lynxeds.com/species/dulit-frogmouth-bat... http://www.birdlife.org/datazone/species/index.htm... //doi.org/10.1111%2Fj.1469-7998.1892.tb06828.x https://www.itis.gov/servlet/SingleRpt/SingleRpt?s... https://animaldiversity.org/accounts/Batrachostomu... https://avibase.bsc-eoc.org/species.jsp?avibaseid=... https://ebird.org/species/dulfro1 https://www.gbif.org/species/2497136 https://www.inaturalist.org/taxa/19705 https://www.irmng.org/aphia.php?p=taxdetails&id=10...